ϟuperwoman


Aku Jadi Begini Kerana Engkau
Tuesday 15 November 2011 | 11/15/2011 02:04:00 am | 0 Words


Sepi...
Keadaan ini membuat aku terasa kosong tanpa kau di sisi
Tahukah engkau bahawa bayangan mu yg selalu menyelubungi diri ini ?
Kenapa mesti aku yg melaluinya seorang diri tanpa kau tak pernah langsung peduli
Kenapa kau sanggup menipu diri tatkala kasih mula berputik di hati ku ini 

Sepi...
Keadaan ini membuat aku sentiasa memikirkan diri mu yg tidak akan kembali lagi
Tahukah engkau bukan ini yg ku pinta hubungan kita jadi begini
Kenapa mesti perpisahan itu sering terjadi ?
Kenapa kau biarkan aku terluka sehingga aku hampir berputus asa dalam hidup ini

kenapa mesti kau pergi ? :'(

Sepi...
Keadaan ini membuat aku mahu saja melangkah pergi jauh dari sini
Tahukah engkau rindu yg sekian lama terpendam di lubuk hati ini ?
Kenapa mesti kau biarkan aku menanggung segala derita di hati 
Kenapa kau sanggup berpura-pura sekadar untuk mengembirakan hati ku ini 

Sepi...
Keadaan ini membuat aku sering teringatkan semua kenangan kita dulu dan kini
Tahukah engkau aku menginginkan detik manis kita kembali ?
Kenapa mesti kau padamkan semuanya hilang jauh dari hati 
Kenapa kau sanggup menagih kasih mu dulu bersama wanita yg telah lama menyepi 

kau buat aku menangis, terima kasih :')

Sepi...
Keadaan ini membuat aku menangis seorang diri di bilik yg suasananya sunyi sepi
Tahukah engkau kasih mu tak pernah padam di dalam hati dan jiwaku ini ?
Kenapa mesti kau melangkah pergi tinggalkan aku sendiri
Kenapa setiap keinginan yg ku harapkan pengakhirannya jadi begini ?

Sepi...
Keadaan ini membuat aku mengenang nasib yg tidak menyebelahi diri
Tahukah engkau bukan ini yg ku hajati ?
Mungkin ada makna disebalik kejadian ini
Kerana Dia telah menentukan apa yg terbaik buat semua insannya untuk di uji


mood : forget the past that made you cry & focus on your present that completes your life ;)

-Past- | -New-