ϟuperwoman


Single Best ??
Sunday 2 October 2011 | 10/02/2011 02:19:00 am | 4 Words
being single is FAR better than being in a bad relationship


Manipulasi masalah

Orang single tak banyak masalah. Kalau dia ada masalah pun dia cuma fokus pada masalah itu sahaja. Tidak perlu mengada-ngada mengadu pada kekasihnya konon meminta sedikit semangat untuk hadapi masalah itu.

"Mujurlah Mizie dah putus. Kalau tak lagi serabut dia dengan perangai Jue tu..."

Orang couple pun ada masalah juga. Tapi dia ada satu masalah yang tiada pada orang single iaitu masalah hati. Masa bahagia dia tak boleh terlalu bahagia sebab kesedihan boleh datang bila-bila masa. Biasalah adat bercinta. 

"Rileks la Farhan adat bercinta la bro semalam happy hari ni gaduh..."


Bila Berkawan

Orang single boleh berkawan dengan sesiapa sahaja. Lelaki single boleh add ramai perempuan dekat Facebook dan sebaliknya. Tidak perlu takut akan ada orang cemburu. 

"Giler la Apek hari-hari add awek baru kat Facebook. Orang single bolehlah..."

Orang couple pun boleh berkawan dengan sesiapa sahaja tapi ada had. Bila berkawan jangan nak menggatal. Tak boleh berkawan dengan orang itu atau ini sebab pasangan tak suka. Jangan terkejut sebab benda ni memang ada.


"Arif. Listen here. Jangan rapat sangat dengan Aming tu okay. I tak suka!"


Kebebasan Kehidupan

Orang single memang bebas. Dia boleh buat apa saja dia nak buat dan tak ada orang nak halang. Masa single ialah masa untuk capai apa yang kita nak sangat dalam hidup.

"Rohaini dah pergi Jepun pagi tadi. Dia dapat cuti seminggu..."


Orang couple tak sebebas orang single. Kalau nak buat apa-apa kena beritahu. Beritahu tu dah satu hal, kalau tak dapat kebenaran kena pulak pujuk itu dan ini. Bebas tapi terhalang. 

"Armia pergi England sorang je. Nasrul tak ikut sebab girlfriend dia tak bagi..."


Kawalan Kewangan

Orang single tak perlu risau tentang kewangan. Kalau nak makan, cuma makan dan bayar untuk seorang. Nak tambah pun cuma perlu angkat tangan dan order. 

"Syafiq tu tak berkira kalau bab makan. Untunglah bakal isteri dia..."

Orang couple perlu makan untuk dua orang. Lelaki biasanya akan bayar. Jadi kalau nak tambah tu kena fikir dulu. Takut lari bajet. 


"Hari tu Mustaqim tak makan bukan sebab dia kenyang tapi dia takde duitlah!"


Teori Tanggungjawab

Orang single kurang tanggungjawab dia. Bangun pagi kalau rasa malas makan tak makan pun tak apa. Makan je petang nanti. Dah jimat duit macam yang diberitahu dekat atas ni. Mungkin ini sebab kenapa lelaki lagi suka single. 

"Syazni tu dapat gaji terus beli Myvi. Orang takde tanggungjawab biasalah..."

Orang couple lain. Orang perempuan yang couple banyak tanggungjawab dan orang lelaki yang couple lagi banyak tanggungjawab. Lelaki kena melindungi pasangan bila keluar, kena bersedia bila-bila masa kalau pasangan minta tolong. 


"Kesian Hazwan. Pukul 7.00 pagi dah kena ambil girlfriend dia balik kerja..."




p/s : Nak senang cerita kalau tak dapat setia tolong jangan bercinta ;) 

credit : apih el nino 





-Past- | -New-