ϟuperwoman


Menangis Itu Baik
Tuesday 11 October 2011 | 10/11/2011 11:58:00 pm | 0 Words
Bukan namanya hidup kalau kita tak pernah ada masalah, semua orang ada masalah tak kira la masalah apa dan kadang kala kita sendiri tak tahu masalah kita kan hahh pelik tu susah nak tafsirkan. Jika timbulnya sesuatu masalah sudah pasti kita sangat memerlukan sesorang untuk berkongsi masalah kan ? tak nak kongsi tak pe nanti kang ade pula diri tu yang merana, sekurang-kurangnya kalau kita share kat orang terasa bebanan yg kita tanggung tu kurang la sikit an drpd tak langsung.

Tetapi ada sesetengah yg agak kekok nak bercerita. Dah jumpa orang nak berkongsi masalah tapi bermasalah nak bercerita eh tup tup yg keluarnya air mata. Selalu yg keluar air mata ni perempuan la. Laki yg macho ni jarang menangis, eh?

Menangis

Sebenarnya menangis pun salah satu cara untuk kurangkan beban masalahMenurut pengkaji psikologi, air mata yang keluar sebenarnya akan membuatkan seseorang merasa lebih baik kerana ia berfungsi mengurangkan ketegangan saraf dalam tubuh, yang mana penyebabnya adalah stres dan terlau banyak berfikir.
Untuk pengetahuan anda, dari sudut sains, air mata ini terbahagi kepada dua. Yang pertama ialah air mata iritasi iaitu air mata yang keluar disebabkan benda asing di dalam mata. Yang kedua pula ialah air mata emosional, iaitu air mata yang keluar kerana dorongan emosi atau perasaan. Yang kita bicarakan ini ialah air mata emosional.

Berbalik kepada persoalan kita tadi, jika stres ditafsirkan seperti racun, makan jika tidak dikeluarkan dari tubuh anda, ia akan menurunkan sistem kekebalan tubuh dan proses biologi lainnya. Proses pengeluaran racun dari dalam tubuh ini biasanya adalah ketika kita berpeluh dan menangis. Jadi, selain melegakan perasaan, menangis itu pun sihat.. Hmm.. korang boleh pilih dua cara sama ada nak bersukan ataupun menangis.. hehe

Alasan lain kenapa orang berasa lebih baik menangis semasa emosional adalah kerana air mata yang keluar mengandungi lebih banyak protein termasuk hormon yang menyebabkan stres. Jadi, bila anda menangis, air mata yang keluar akan merangsang pengeluaran hormon endorphin, sehingga muncul rasa lebih bahagia dalam diri kita. Itulah ajaibnya menangis. 

Menyedari fungsi air mata, tidak hairanlah para ahli psikologi akan mencadangkan anda supaya menangis sebagai langkah awal untuk melegakan stres. Oleh itu, jika memang anda berasa tidak sanggup menahannya, menangislah.. sedikit sebanyak ia dapat melegakan anda. 
credit : informasi.my

So, apa lagi nangis la puas2 haha sebab aku da puas menangis tu yg aku promote tu law tak, tak de maknanya aku nak nangis tanpa sebab weyhh. Tapi memang betulkan pon dengan menangis lah kita dapat meluahkan segala-galanya walaupon org sebelah kau tengok kau pelik tetibe je nangis an, sebab yg faham diri kau adalah kau sorang je. Jadi kau lelaki tolong jangan buat aku menangis lagi haha err --'





mood : puas aku nangis pasal kau, mcm nak nangis lagi la pulok haha tapi air mata tak nak kuar ag da -.-'


-Past- | -New-