ϟuperwoman


Apabila Hati Ini Meluahkan
Friday 14 October 2011 | 10/14/2011 02:42:00 am | 0 Words
Hati. Membuat aku sering terasa sakit saat derita kunjung tiba. Kenapa hanya hati yg lebih mengerti perasaan diri ini ? Ya, itu semua kekuasaan yg Maha Esa. Hanya Dia yg tahu segala-galanya. Saat hati ini merintih kesakitan, adakah engkau mengetahui keadaannya ? Ia sangat sakit, pilu bagai disiat-siat. Pernah merasa ? sakit bukan ? Begitu la rasa keadaan yg dialami oleh hati ini. Rasa sakit yg dialami oleh hati ini kadangkala boleh membuatkan air mata yg jernih itu mengalir perlahan-lahan di wajah ini walaupun ia tiada sebab utk ditangisi.

Hati. Aku berasa simpati dengan penderitaanmu. Kesian bukan hati ini ? Tiada yg mampu menolongnya kerana dia masih terluka. Sungguh teruk penderitaan yg ditanggung. Adakah hati ini akan sembuh kembali ? hurmm aku pon tidak tahu, mungkin ia mengambil masa yg lama untuk sembuh daripada lukanya yg masih bersisa. Bukan mudah untuk hati ini menerima hati orang lain. Kerana hati ini amat takut jika ia akan terluka lagi, mungkin lebih menyakitkan. Tolonglah mengerti perasaan hati ini......

Hati. Aku harap kelukaanmu cepat kembali sembuh, kerana kau tidak sepatutnya merasa penderitaan ini hurmm penderitaan ini sangat menyakitkan. Sedarlah bahawa hati itu tidak mahu lagi, mungkin. Sayangnya berbelah bagi. Adakah hati ini masih mahu memiliki hati itu ? ya..kerana sayangnya semakin kuat. Hurmm begitu rumit sekali situasi yg dihadapi. Terimalah apa yg sudah tertulis untukmu. Jika ditakdirkan kedua-dua hati ini bertaut kembali, mungkin saat itu hati ini pulih seperti sediakala walaupun sakit. Mengertilah hati ini walaupon aku twu hati masing-masing sedang keliru....

Hati. Kenapa mesti perlu ade kekeliruan dalam ingin membuat keputusan. Sesungguhnya aku benci ape itu keliru kerana keliru itulah yg membuatkan hati ini merana. Sakit amat, sekali lagi adakah kau merasakannya ? mungkin rasa dan mungkin tidak kerana kau tidak memahami perasaan di dalam hati ini. Jawapan yg sering terluah adalah ntah la ntah la dan ntah la. Kerana hati ini juga tidak sanggup utk meluahkannya lagi. Hati itu sudah terikat dan hati ini hanya menerima dengan pasrah, dia relakan pergi walaupun berat utk melepaskan...


:')


mood : dpt dengar suara kau, serius aku rindu kau sangat walaupun just simple wishes for me dear...aku nak cakap banyak dengan kau tapi yg terkeluar kat mulut ni sikit je hurmm



-Past- | -New-