ϟuperwoman


Spend Time With My Lovely, MNA
Tuesday, 12 February 2013 | 2/12/2013 09:53:00 pm | 0 Words

Holla guys ! Hurm macam mana nak cerita ek. Kadang-kadang kan aku tak faham dengan relay aku ni. Sekejap okay sekejap tak sekejap bahagia sekejap tak. Lepas gaduh masa tu esoknya kitorang macam takde apa-apa pun yg berlaku. Rasa macam pergaduhan antara kami tak wujud langsung. Masih lagi boleh bergurau senda.

Tu la orang cakap kan. Setiap hubungan ni ada pasang surutnya. Aku tahu dia ada masalah so aku tak nak membebankan dia lagi dengan masalah remeh kitorang ni. Sejujurnya aku ni seorang yg suka settle kan masalah sampai aku puas hati dengan jawapan yg diberikan. Tapi kali ni aku macam endah tak endah je. Ahh biarlah. Selagi kitorang boleh baik bahagia kitorang akan baik bahagia. Doa je yg penting sekarang ni.

Kebetulan minggu ni kan raya Cina so kitorang pergi jalan-jalan. Ingatkan nak pergi mandi air terjun tapi tak jadi sebab hujan. Bahaya okay. Mati lemas kang tak pasal-pasal. Malam tadi kat rumah dia ada buat jamuan hari jadi. Buat sekali arong birthday dia, adik dia dgn kak ngah. Kalau tak malam tadi aku da terbongkang kat rumah dia. Ibu sampai call mama mintak izin tidur kat rumah tapi mama tak kasik. Mama pernah cakap dulu, selagi kitorang takde pape ikatan, selagi tu aku tak boleh tidur sana.

Tengah malam baru sampai rumah. Kak ngah hantar then tunggu atas bukit sebab tak berani turun. Bukit tinggi haha Alief jugak yg hantar aku sampai depan rumah. Esok da rancang nak hang out. Tengok wayang makan semua. Ohh sesungguhnya aku rindu gila dengan keding ni. Yela asyik gaduh je ishh bosan tahu. Lepas tu kat sana asyik nak mendengki aku je. Gemok gemok haha siot gila. Aku tahulah kau keding. Jeles la tu kan. Puihhhh haha. 

Spend time dgn MNA sekejap je sbb dia dapat cuti 4 hari je. Sobs sobs tak puas dengan dia walaupun da berapa hari sehari suntuk dgn dia. Time tengah jalan-jalan kat mall kan hehe ternampak bebear warna purple yg besar sangat. Lebih kurang saiz aku. Tunjuk kat dia suruh tengok then dia senyum. Dia cakap dia belikan tp aku tak kesah dapat ke tak sbb ada satu hari tu aku cakap aku nak sangat bebear yg besar. Boleh peluk. Peluk keding ni la haha tp bebear tembam sikit, tak macam dia haha kurus.








Mood : bila da berbaik ni kan haishh rasa macam nak melekat dgn MNA 24/7 je taw !


Terima Kasih sayang...
Friday, 8 February 2013 | 2/08/2013 08:59:00 pm | 0 Words

Kau pernah cakap dgn aku masa dekat asrama kau mimpi aku. Tapi dalam mimpi tu aku curang. 3 kali kau mimpi aku curang. Apa maknanya ? Sampai aku pon tertanya-tanya. Mama cakap mimpi tu maknanya adalah sebaliknya. Maksud mama yg aku tak curang. Ye betul cakap mama. Aku tak pernah curang dengan kau. Sekali pon tak pernah.

Tapi kenapa arini bila check inbox kau aku...terkedu. Kau boleh gelak dgn kawan kau. Kau ckp aku da biasa tengok kau curang. Woi kau tahu tak aku nak menangis dekat situ juga. Kenapa kau buat aku mcm ni ? Mana semua janji kau ? Sape yg curang sekarang ni ? Tergamak kau buat aku mcm ni. Aku da tak tahu nak cakap apa lagi.

Aku hargai kau. Aku terima kekurangan kau. Silap kau. Tapi apa aku dapat ? Sekarang da mula menyampah dengan aku. Patutlah sekarang ni perangai kau lain sangat. Aku tak tahu apa salah aku sampai kau buat aku mcm ni. Bila aku bla je tadi takde pon kau nak tahan aku. Aku takde sebut pasal putus pon. Langsung takde. 

Kasih sayang dan kepercayaan yg aku berikan selama ni kau sia-sia kan. Aku tertanya-tanya. Kau tak hargai aku ke ? Kau tak pernah bahagia dgn aku ke ? Aku sayang kau tapi kau buat aku mcm ni. Terima kasih :')

-Past-